Sunday, December 6, 2009

Laporan AFC2009

Mu’tah Universiti, 5 disember 2009: Alhamdulillah! Pasukan Malaysia (IRBID) berjaya menjuarai pertandingan ASEAN FUTSAL CUP anjuran Malaysia Student Department (MSD) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) yang telah berlangsung pada 5 Disember 2009 bertempat di Solah Riadi Universiti Mu’tah.

Pada perlawanan akhir, Malaysia (IRBID) telah menang ke atas Malaysia (Mafraq) dengan jaringan 3-2. Sementara itu, tempat ke-3 telah disandang oleh Thailand yang berjaya dalam penentuan sepakkan penalti ke atas Malaysia (Mu’tah) dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian di dalam kejohanan futsal selama sehari ini yang diadakan bagi merancakkan lagi program Asean Futsal Cup (AFC2009) ini. Pasukan tersebut termasuklah 5 buah negara asean seperti Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Duta Besar Malaysia ke Amman Dato’ Abdul Malek bin Abdul Aziz berserta 4 duta negara lain telah hadir merasmikan majlis penutupan sekaligus sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang Asean Futsal Cup 2009.

Di dalam ucapan penangguhannya, Dato’ Duta berkata , “Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur iaitu Malaysian Student Department (MSD) di atas inisiatif menganjurkan kejohanan ini. Program sebegini dapat mengajak para pelajar khususnya belia untuk terlibat dalam aktiviti yang sihat serta belajar untuk berpesatuan di masa hadapan. Sesungguhnya, belia merupakan aset terpenting agama, bangsa dan negara pada masa mendatang.

Saya menyambut baik dan menyokong apa-apa sahaja bentuk aktiviti riadhah yang sihat melibatkan golongan pelajar khususnya. Futsal bukanlah semata-mata satu aktiviti sukan yang hanya untuk mengeluarkan peluh semata-mata, namun ianya mengandungi peraturan-peraturan dan disiplin permainan yang seharusnya dipatuhi dan dihargai. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan peserta, penonton dan masyarakat setempat. Justeru itu, saya berharap kejohanan sebegini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.”

Turut hadir sama pada majlis penutupan ialah Duta Filipina, Duta Thailand, Duta Brunei, Duta Indonesia serta Pengarah Universiti Mu’tah.

Nota: Pihak AJK PELAKSANA AFC2009 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Atlet dan peserta yang telah memberi komitmen jitu dalam menjayakan program ini. Kita jumpa di AFC2010 tahun hadapan. Semoga Allah SWT menerima segala amalan dakwah kita. Bersama kita buat yang terbaik untuk ISLAM kerana ALLAH.

Wallahu a’lam bissawab.

“UKHUWAH BERSATU DI MEDAN RIADHAH”


Terima Kasih buat semua ajk pelaksana AFC2009. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Kita jumpa AFC2010

Keputusan Penuh AFC2009

Juara

Malaysia (IRBID)

Naib Juara

Malaysia (MAFRAQ)

Tempat Ketiga

Thailand (B)

Tempat Keempat

Malaysia (Mu’tah)

LENSA AFC 2009

Nikmatilah dan tatapilah gambar-gambar menarik sepanjang AFC2009 berlangsung, hasil captured dari wartawan AFC2009 yang bertugas... Gambar-gambar AFC2009 boleh dilihat dilink bawah ini :


JUARA AFC2009 (Malaysia)


Untuk gambar lagi yang lebih menarik layari link ini segera ;


Tuesday, December 1, 2009

5 Negara bakal Merentap

HANYA tinggal tiga hari sahaja lagi, acara anugerah berprestij anjuran MSD & MPPMJ Asean Futsal Cup 2009 (AFC2009) akan membuka tirainya.

Dengan mengambil tema Ukhwah Bersatu Di Medan Riadhah, pastinya pihak kami menjanjikan sebuah perganjuran yang cukup hebat dan menjadikan edisi kali ini sebagai acara yang akan dikenang sebelum tahun 2009 mengucapkan selamat tinggal.

Pastinya khalayak dan peminat futsal khususnya yang berada di Jordan sudah mengetahui penganjuran AFC adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang futsal dan bola sepak untuk diserap dalam KARISMA 2010 yang bakal mungcul tahun depan.

Mudah-mudahan tahun depan akan dibuka satu lagi acara dalam KARISMA 2010 iaitu FUTSAL yang bakal disertai ahli MPPMJ sendiri. Bergantung atas budi bicara pihak penganjur nanti.

Tahun permulaan penganjuran AFC 2009 dengan kerjasama Malaysian Student Deparment (MSD) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) serta Mu’tah Universiti selalu tuan rumah. Bermula hari ini sehinggalah ke hari kemuncak AFC2009 yang berlangsung Sabtu ini, Kami akan menyenaraikan serta memilih pemain-pemain yang bakal dinobatkan sebagai Pemain terbaik dan Penjaring Terbanyak sekaligus membawa nama Negara itu sendiri.

Untuk pengetahuan penyertaan kali ini mendapat sambutan dari 5 buah negara Asean seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, filipina dan Brunei .

Kata orang, sekadar untuk suka-suka dan menyemarakkan serta memeriahkan lagi kedatangan AFC2009.

Saingan yang hebat juga akan kami hidangkan untuk anda menikmati satu pertandingan yang paling berprestij di tahun 2009.

Majlis ini juga akan diserikan dengan kedatangan 5 duta yang bakal mengegarkan bumi Mu’tah untuk acara penyampaian hadiah dan seterusnya akan menobatkan Johan AFC2009 yang akan membawa pulang Piala Pusingan dan pinggat dari pihak penganjur.

Kami dari pihak penganjuran mengharapkan kepada semua ahli MPPMJ yang ada kelapangan datang la ke bumi Mu’tah untuk kita sama-sama bersorak atas nama Malaysia sekaligus meningkatkan ukhwah sesama kita sendiri.


Pengarah AFC2009

Mohd Shakir Bin Shafiee

http://www.shakirshafiee.com/