Sunday, December 6, 2009

Laporan AFC2009

Mu’tah Universiti, 5 disember 2009: Alhamdulillah! Pasukan Malaysia (IRBID) berjaya menjuarai pertandingan ASEAN FUTSAL CUP anjuran Malaysia Student Department (MSD) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) yang telah berlangsung pada 5 Disember 2009 bertempat di Solah Riadi Universiti Mu’tah.

Pada perlawanan akhir, Malaysia (IRBID) telah menang ke atas Malaysia (Mafraq) dengan jaringan 3-2. Sementara itu, tempat ke-3 telah disandang oleh Thailand yang berjaya dalam penentuan sepakkan penalti ke atas Malaysia (Mu’tah) dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian di dalam kejohanan futsal selama sehari ini yang diadakan bagi merancakkan lagi program Asean Futsal Cup (AFC2009) ini. Pasukan tersebut termasuklah 5 buah negara asean seperti Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Duta Besar Malaysia ke Amman Dato’ Abdul Malek bin Abdul Aziz berserta 4 duta negara lain telah hadir merasmikan majlis penutupan sekaligus sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang Asean Futsal Cup 2009.

Di dalam ucapan penangguhannya, Dato’ Duta berkata , “Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur iaitu Malaysian Student Department (MSD) di atas inisiatif menganjurkan kejohanan ini. Program sebegini dapat mengajak para pelajar khususnya belia untuk terlibat dalam aktiviti yang sihat serta belajar untuk berpesatuan di masa hadapan. Sesungguhnya, belia merupakan aset terpenting agama, bangsa dan negara pada masa mendatang.

Saya menyambut baik dan menyokong apa-apa sahaja bentuk aktiviti riadhah yang sihat melibatkan golongan pelajar khususnya. Futsal bukanlah semata-mata satu aktiviti sukan yang hanya untuk mengeluarkan peluh semata-mata, namun ianya mengandungi peraturan-peraturan dan disiplin permainan yang seharusnya dipatuhi dan dihargai. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan peserta, penonton dan masyarakat setempat. Justeru itu, saya berharap kejohanan sebegini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.”

Turut hadir sama pada majlis penutupan ialah Duta Filipina, Duta Thailand, Duta Brunei, Duta Indonesia serta Pengarah Universiti Mu’tah.

Nota: Pihak AJK PELAKSANA AFC2009 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Atlet dan peserta yang telah memberi komitmen jitu dalam menjayakan program ini. Kita jumpa di AFC2010 tahun hadapan. Semoga Allah SWT menerima segala amalan dakwah kita. Bersama kita buat yang terbaik untuk ISLAM kerana ALLAH.

Wallahu a’lam bissawab.

“UKHUWAH BERSATU DI MEDAN RIADHAH”


Terima Kasih buat semua ajk pelaksana AFC2009. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Kita jumpa AFC2010

Keputusan Penuh AFC2009

Juara

Malaysia (IRBID)

Naib Juara

Malaysia (MAFRAQ)

Tempat Ketiga

Thailand (B)

Tempat Keempat

Malaysia (Mu’tah)

LENSA AFC 2009

Nikmatilah dan tatapilah gambar-gambar menarik sepanjang AFC2009 berlangsung, hasil captured dari wartawan AFC2009 yang bertugas... Gambar-gambar AFC2009 boleh dilihat dilink bawah ini :


JUARA AFC2009 (Malaysia)


Untuk gambar lagi yang lebih menarik layari link ini segera ;


Tuesday, December 1, 2009

5 Negara bakal Merentap

HANYA tinggal tiga hari sahaja lagi, acara anugerah berprestij anjuran MSD & MPPMJ Asean Futsal Cup 2009 (AFC2009) akan membuka tirainya.

Dengan mengambil tema Ukhwah Bersatu Di Medan Riadhah, pastinya pihak kami menjanjikan sebuah perganjuran yang cukup hebat dan menjadikan edisi kali ini sebagai acara yang akan dikenang sebelum tahun 2009 mengucapkan selamat tinggal.

Pastinya khalayak dan peminat futsal khususnya yang berada di Jordan sudah mengetahui penganjuran AFC adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang futsal dan bola sepak untuk diserap dalam KARISMA 2010 yang bakal mungcul tahun depan.

Mudah-mudahan tahun depan akan dibuka satu lagi acara dalam KARISMA 2010 iaitu FUTSAL yang bakal disertai ahli MPPMJ sendiri. Bergantung atas budi bicara pihak penganjur nanti.

Tahun permulaan penganjuran AFC 2009 dengan kerjasama Malaysian Student Deparment (MSD) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) serta Mu’tah Universiti selalu tuan rumah. Bermula hari ini sehinggalah ke hari kemuncak AFC2009 yang berlangsung Sabtu ini, Kami akan menyenaraikan serta memilih pemain-pemain yang bakal dinobatkan sebagai Pemain terbaik dan Penjaring Terbanyak sekaligus membawa nama Negara itu sendiri.

Untuk pengetahuan penyertaan kali ini mendapat sambutan dari 5 buah negara Asean seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, filipina dan Brunei .

Kata orang, sekadar untuk suka-suka dan menyemarakkan serta memeriahkan lagi kedatangan AFC2009.

Saingan yang hebat juga akan kami hidangkan untuk anda menikmati satu pertandingan yang paling berprestij di tahun 2009.

Majlis ini juga akan diserikan dengan kedatangan 5 duta yang bakal mengegarkan bumi Mu’tah untuk acara penyampaian hadiah dan seterusnya akan menobatkan Johan AFC2009 yang akan membawa pulang Piala Pusingan dan pinggat dari pihak penganjur.

Kami dari pihak penganjuran mengharapkan kepada semua ahli MPPMJ yang ada kelapangan datang la ke bumi Mu’tah untuk kita sama-sama bersorak atas nama Malaysia sekaligus meningkatkan ukhwah sesama kita sendiri.


Pengarah AFC2009

Mohd Shakir Bin Shafiee

http://www.shakirshafiee.com/

Saturday, November 28, 2009

5 negara 2 Kumpulan

KUMPULAN A

MALAYSIA MU’TAH

THAILAND

INDONESIA

BRUNEI

FILIFINA

MALAYSIA IRBID

KUMPULAN B

MALAYSIA MU’TAH

THAILAND

INDONESIA

BRUNEI

FILIFINA

MALAYSIA MAFRAQ

Tentatif Penuh 5 Disember 2009

TENTATIF PROGRAM

Sabtu 5 Disember 2009 (SABTU)

06.30 pagi : Berkumpul di hadapan Masjid Syuhada’

07.00 pagi : Bertolak ke Solah Askari Universiti Mu’tah

: Minum pagi

8.00 pagi : Futsal Peringkat Kumpulan A (liga) dimulakan

KUMPULAN A

Round 1

MALAYSIA MUTAH

8.00-8.10

VS

THAILAND

INDONESIA

8.10-8.20

VS

BRUNEI

FILIFINA

8.20-8.30

VS

MALAYSIA IRBID

Round 2

THAILAND

8.35-8.45

VS

INDONESIA

BRUNEI

8.55-9.05

VS

FILIFINA

MALAYSIA MUTAH

9.05-9.15

VS

MALAYSIA IRBID

Round 3

INDONESIA

9.20-9.30

VS

FILIFINA

MALAYSIA IRBID

9.40-9.50

VS

THAILAND

BRUNEI

9.50-10.00

VS

MALAYSIA MUTAH

Round 4

MALAYSIA IRBID

10.05-10.15

VS

INDONESIA

BRUNEI

10.15-10.25

VS

THAILAND

MALAYSIA MUTAH

10.25-10.35

VS

FILIFINA

Round 5

BRUNEI

10.40-10.50

VS

MALAYSIA IRBID

INDONESIA

10.50-11.00

VS

MALAYSIA MUTAH

THAILAND

11.00-11.10

VS

FILIFINA






*SATU MINIT SETENGAH DIPERUNTUKAN UNTUK MASA REHAT

11.00 pagi : Solat Zohor

: Makan tengahari

11.30 pagi : Futsal Peringkat Kumpulan B (liga) dimulakan


KUMPULAN B

Round 1

MALAYSIA MUTAH

11.30-11.40

VS

THAILAND

INDONESIA

11.40-11.50

VS

BRUNEI

FILIFINA

11.50-12.00

VS

MALAYSIA MAFRAQ

Round 2

THAILAND

12.05-12.15

VS

INDONESIA

BRUNEI

12.15-12.25

VS

FILIFINA

MALAYSIA MUTAH

12.25-12.35

VS

MALAYSIA MAFRAQ

Round 3

INDONESIA

12.40-12.50

VS

FILIFINA

MALAYSIA MAFRAQ

12.50-1.00

VS

THAILAND

BRUNEI

1.00-1.10

VS

MALAYSIA MUTAH

Round 4

MALAYSIA MAFRAQ

1.10-1.20

VS

INDONESIA

BRUNEI

1.20-1.30

VS

THAILAND

MALAYSIA MUTAH

1.30-1.40

VS

FILIFINA

Round 5

BRUNEI

1.40-1.50

VS

MALAYSIA MAFRAQ

INDONESIA

1.50-2.00

VS

MALAYSIA MUTAH

THAILAND

2.00-2.10

VS

FILIFINA

*SATU MINIT SETENGAH DIPERUNTUKAN UNTUK MASA REHAT

2.00 petang : Futsal Peringkat separuh akhir

: Futsal tempat ke3 dan ke4


SEPARUH AKHIR


2.00-2.15

VS



2.15-2.30

VS


TEMPAT KE3 DAN KE4


2.30-2.45

VS


2.45 petang : Futsal Akhir

FINAL


2.45-3.00

VS


03.00 petang : Penyampaian hadiah

: Ucapan Penutup oleh TYT Kedutaan Malaysia

: Penyampaian hadiah

: Solat Asar dan minum petang

04.00 petang : Bersurai

· Segala perubahan adalah tertakluk kepada pindaan

· Tentatif acara akan diperincikan selepas penyertaan peserta


Sunday, November 22, 2009

LENSA PILIHAN AFC 2009

Nikmatilah mata lensa kami yang menarik bakal dialbumkan sepanjang ASEAN FUTSAL CUP berlangsung, hasil snap@captured dari jurukamera yang bertauliah. Beliau akan bertugas sepanjang perjalanan program nanti..


Gambar-gambar ASEAN FUTSAL CUP boleh dilihat dilink ini NANTI :


Hasanhusaini's photostream

Banner Rasmi AFC 2009


Asean Futsal Cup (AFC) 2009

"sports dan leisure strenghten ukhuwah"

5 Disember 2009

Nantikannya di Mu'tah buat julung kalinya diadakan


- unit ICT (AFC 2009)

Saturday, November 21, 2009

Ukhuwah Bersatu Di Laman Riadhah

Ukhuwah Bersatu Di Laman Riadhah


"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." - Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis walaupun di atas padang.

Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh.Ukhuwah tidak hanya ketika makan, berjalan dan sebagainya tapi ukhuwah juga dapat dibentuk dengan hanya sebiji bola diatas padang.

Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." Q.S Al-Hujurat : 10

Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Moga ukhuwah yang terjalin nanti akan berkekalan sampai bila-bila. Ameen

Adakah kita merasakan semuanya?

Tepuk Dada Tanya Iman..

Jumpa disana nanti yer...

Tuesday, November 17, 2009

Gambaran Futsal

Gelanggang Tertutup

Gelanggang Terbuka

Saiz gelanggang yang sebenar


Menurut Wiki, Futsal merupakan versi indoor bola sepak. Futsal dimainkan antara dua pasukan daripada lima pemain sebelah, dan seorang penjaga gawang. Futsal adalah suatu permainan yang berbeza bola sama sekali berbeza sama sekali.
Futsal seperti yang terlihat dalam gambar dimainkan di kompleks tertutup tetapi masih merupakan kawasan terbuka.
.

Venue Utama AFC 09


- Kuliah Ulum Riadi akan menjadi VENUE UTAMA untuk ASEAN FUTSAL CUP 2009

- Terletak di Universiti Mu'tah

- Merupakan kuliah yang paling JAUH dari pusat utama universiti

- Merupakan venue utama untuk KARISMA 09 yang lepas

-


Monday, November 16, 2009

Format Pertandingan

4.0 CARA FORMAT PERTANDINGAN

Pusingan Kelayakan adalah secara Liga Kumpulan dimana 2 pasukan yang teratas didalam setiap kumpulan akan layak ke pusingan Suku Akhir. Format kalah mati akan digunakan dalam pusingan seterusnya.

5.0 KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN

5.1 Seseorang Pemain yang sengaja melakukan salah satu dari sebelas kesalahankesalahan berikut:

a) Menendang atau cuba menendang Pemain lawan.

b) Membentes Pemain lawan dengan menjatuhkan atau cuba menjatuhkannya

dengan menggunakan kaki atau tangan dengan membongkok di hadapan atau di belakang.

c) Melompat ke Pemain lawan.

d) Merempuh Pemain lawan dengan cara ganas atau bahaya.

e) Merempuh Pemain lawan dari belakang.

f) Memukul atau cuba memukul Pemain lawan atau meludahnya.

g) Memegang Pemain lawan.

h) Menolak Pemain lawan.

i) Merempuh Pemain dengan bahu.

j) Menggelungsur (sliding tackle) untuk memainkan bola yang sedang dimainkan atau cuba dimainkan oleh Pemain lawan.

k) Memegang bola iaitu dengan membawa, menampar atau mengawalnya menggunakan dengan tangan atau lengan (kecuali Penjaga Gol yang berada di dalam kawasan penaltinya sendiri).

l) Menggunakan kata-kata kesat ke atas mana-mana peserta/pengurus/jawatankuasa/pengadil dsb. Untuk kesemua kesalahan diatas, hendaklah dihukum dengan sepakan percuma terus, dibuat oleh pihak lawan dan tempat di mana kesalahan berlaku. Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan di atas akan diambil kira dalam kesalahan terkumpul (Rujuk 6.0). Jika mana-mana dari kesalahan di atas dilakukan dalam kawasan penalti maka satu sepakan penalti akan diberi. Sepakan penalti ini akan diambil 6 meter dari gol.

5.2 Seseorang Pemain yang melakukan salah satu dari empat (4) kesalahan berikut :

a) Pada pendapat Pengadil ia bermain dengan cara bahaya contohnya cuba menendang bola dalam pegangan Penjaga Gol.

b) Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang Pemain lawan iaitu berlari antara Pemain lawan dengan bola atau menggunakan badan untuk menghalang Pemain lawan.

c) Menghalang Penjaga Gol sehingga penjaga gol tidak boleh melepaskan bola dari tangannya

d) Sebarang kesalahan yang tidak disebut di sini, tetapi permainan diberhentikan oleh pengadil untuk sebarang kesalahan yang lain ATAU apabila bermain sebagai penjaga gol:

a) Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan setelah dengan sengajanya bola disepak oleh rakan sepasukan kepadanya.

b) Memegang atau mengawal bola dengan tangan setelah menerimanya terus dari sepakan ke dalam oleh rakannya.

c) Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kaki di mana-mana bahagian gelanggang, melebihi 4 saat kecuali apabila membuat demikian setelah merentasi kawasan lawan.

d) Dari hantaran Gol ia menerima bola dari rakannya sebelum ia merentasi garisan tengah ATAU disentuh atau dimainkan oleh Pemain lawan. Hendaklah dihukum dengan memberi sepakan percuma tidak terus kepada Pemain lawan di mana tempat kesalahan dilakukan kecuali kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penaltinya maka sepakan percuma tidak terus itu akan dibuat di garisan 6 meter paling hamper dengan tempat kesalahan dilakukan. Untuk kedua-dua sepakan percuma terus dan tidak terus pemain yang diberi tendangan itu mesti membuat demikian dalam masa 4 saat dari tiupan wisel pengadil.

5.3 Seorang Pemain diberi amaran dan dilayani kad kuning jika:

a) Semasa penggantian ia masuk ke gelanggang sebelum Pemain yang hendak diganti sempurna keluar dari gelanggang permainan atau pengganti masuk dan tempat yang tidak sepatutnya.

b) Sentiasa melanggar undang-undang permainan.

c) Membantah dengan perkataan atau perbuatan mengenai sebarang keputusan Pengadil.

d) Bersalah kerana tidak bersemangat kesukanan.

e) Sentiasa melanggani undang-undang perlawanan

f) Sengaja menangguhkan permulaan permainan

g) Tidak mengundurkan diri mengikut jarak yang ditetapkan semasa sepakan sudut, percuma, 'kick-in' atau 'goal clearance'. Untuk mana-mana kesalahan yang dinyatakan di atas, permainan akan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh Pemain lawan dan tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Jika kesalahan itu dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus hendaklah diambil dan garisan 6 meter yang paling hampir dengan tempat kesalahan berlaku.

5.4 Mana-mana Pemain yang didapati menyerang Pengadil atau Pemain-pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain sepanjang tempoh pertandingan ini. Beliau akan tampil ke hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk Tindakan Tatatertib yang sewajamya. Keputusan Jawatankuasa Tatatertib bersabit dengan kesalahan ini akan dipanjangkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri untuk tindakan selanjutnya (sekiranya ada).

5.5 Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau Pemain yang melakukan kesalahan di luar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai melakukannya di dalam padang.

5.6 Pemain yang menerima 2 kad kuning dalam perlawanan yang berlainan akan dihukum satu (1) perlawanan. Kad kuning yang diterima akan dibawa ke Pusingan Kedua Pemain yang menerima 1 kad merah atau 2 kad kuning dalam satu perlawanan yang sama akan digantung 2 perlawanan. Pemain yang telah menerima kad merah dan dibuang padang tidak boleh mengambil bahagian lagi dalam perlawanan tersebut malah juga tidak dibenarkan berada di kawasan permainan.

SYARAT PENYERTAAN & UNDANG-UNDANG

Pemain gantian dibenarkan memasuki padang untuk mengganti pemain yang dibuang padang selepas 2 minit permainan tetapi sekiranya pasukan lawan berjaya menjaringkan gol sebelum tamat 2 minit tersebut maka pemain gantian itu boleh masuk menggantikan pemain yang dibuang padang.

6.0 KESALAHAN TERKUMPUL ("ACCUMULATED FOULS FIFA LAW 14")

6.1 Adalah kesalahan yang dinyatakan di 4.1(a)-(l) yang dihukum dengan sepakan percuma terus.

6.2 5 kesalahan terkumpul yang pertama dalam satu separuh masa akan dicatat oleh pegawai perlawanan. Jumlah kesalahan terkumpul ini boleh dilihat pada meja pegawai perlawanan yang diletakkan di luar kawasan masuk gelanggang permainan. Untuk 5 kesalahan pertama ini dalam setiap separuh masa, pasukan lawan boleh membuat dinding penghalang untuk menghalang sepakan percuma itu.

6.3 Bermula dari kesalahan ke 6 dan seterusnya, setiap sepakan percuma akan diambil dari tempat penalti yang kedua (iaitu 10m dari tiang gol) dan sepakan percuma ini tidak boleh dihalang

7.0 BOLA DALAM & LUAR PERMAINAN

7.1 Bola dikira di luar kawasan permainan apabila ianya merentasi

a) Garisan gol belakang

7.2 Untuk memulakan perlawanan apabila bola keluar dari kawasan permainan, prosedurnya adalah:-

a) Keluar Garisan Tepi ( 'Kick -In' )

• Bola diletakkan di atas garisan di mana bola itu keluar.

• Bola itu ditendang masuk dari garisan tepi ke pemain pasukannya. ("kick in")

• Sebahagian daripada kedua-dua kaki pemain berada di atas garisan tepi ATAU atas permukaan di luar garisan tepi pada saat menendang bola ke dalam.

• Pemain yang mengambil tendangan masuk itu mesti membuat demikian dalam masa 4 saat. Jaringan gol TIDAK BOLEH dibuat terus daripada sesuatu 'kickin'

b) Keluar Garisan Gol belakang ('Goal clearance')

• Penjaga Gol mestilah membaling bola menggunakan tangannya sahaja untuk memulakan permainan.

• Penjaga Gol mestilah membaling bola tersebut dalam masa 4 saat.

• Penjaga Gol tidak boleh menyentuh bola itu semula sehingga bola itu telah dimainkan oleh sekurangkurangnya dua dari pemain pasukannya ataupun sehingga ia terkena pihak lawan.

Jaringan gol TIDAK BOLEH dibuat terus dari 'goal clearance'.

7.0 CARA MENJARINGKAN GOL

• Gol boleh dijaringkan dari mana-mana kawasan di dalam gelanggang permainan semasa permainan dijalankan KECUALI dari dalam kawasan penalti.

• Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan masuk daripada garisan tepi ataupun dari balingan terus penjaga gol.

• Penjaga Gol dibenarkan keluar dari kawasan penalti tetapi tidak boleh menggunakan tangan apabila berada di luar kawasan penalti.

9.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

9.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut: -

a) Menang - 3 mata

b) Seri - 1 mata

c) Kalah - 0 mata

9.2 Sekiranya setelah semua perlawanan Liga selesai, dua (2) pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang :-

a) Kaedah nisbah perbezaan Gol laitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan Gol 'masuk' dengan jaringan Gol 'kena' akan menduduki tempat yang lebih tinggi.

b) Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan Gol yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

c) Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang.

d) Jika keputuan perlawanan awal diantara mereka seri maka Jawatankuasa Pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti atau cara lain yang difikirkan sesuai bagi menentukan pemenang.

e) Jika masih tiada keputusan, Jawatankuasa Penganjur akan menentukan pemenang melalui 'Toss Of Coin'.

9.3 Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan seri maka kemenangan akan ditentukan melalui tiga (3) tendangan penalti dan jika masih seri penalti secara 'Sudden Death' akan berkuatkuasa mengikut peraturan Futsal FIFA.

10.0 MASA PERTANDINGAN

10.1 Setiap perlawanan akan berlangsung selama 10 minit (7 minit setiap separuh masa 1 minit waktu rehat).

10.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh JawatanKuasa Penganjur.

10.3 Jangka masa bagi separuh masa boleh dilanjutkan untuk membolehkan sepakan penalti diambil.

10.4 Pasukan-pasukan tidak berhak meminta satu perhentian masa (time-out) pada kejohanan ini.

10.5 Semua pasukan dikehendaki mendaftarkan diri 30 minit sebelum perlawanan

dimulakan dan mestilah berada di gelanggang permainan 5 minit sebelum perlawanan dimulakan.

10.6 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-pemain kepada Pengadil Rasmi 5 minit sebelum perlawanan dimulakan.

10.7 Pasukan yang gagal hadir digelanggang pada masa yang dijadualkan akan

diberi masa tangguhan selama 3 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir dengan kiraan jaringan.

10.8 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan.

10.9 Pihak penganjur berhak meminda jadual perlawanan pada bila - bila masa tanpa kebenaran pasukan-pasukan

11.0 PERALATAN PEMAIN

11.1 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa yang berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain ternasuk sebarang barang kemas atau barang perhiasan diri.

11.2 Peralatan biasa seorang pemain adalah baju, seluar, stokin, shinguard dan kasut getah. Penggunaan kasut adalah wajib dalam pertandingan ini.

11.3 Jersi pemain hendaklah bernombor dan setiap pemain dari pasukan yang sama mempunyai nombor berbeza. Penjaga gol hendaklah memakai warna dimana dengan mudahnya dapat membezakannya dengan pemain-pemain lain dan Pengadil. Sekiranya pasukan tidak mempunyai jersi ataupun warna kedua-dua jersi pasukan adalah sama maka salah satu pasukan akan diberi 'bibs' permainan.

11.4 Sekiranya seorang pemain menggantikan Penjaga Gol, pemain tersebut hendaklah melekatkan nombor bajunya di belakang baju Penjaga gol yang dipakainya.

12.0 BOLA

Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan bola futsal untuk pertandingan ini.

13.0 PENGADILAN

13.1 Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan pengadil pengadil yangbertauliah sepanjang pertandingan yang akan diadakan.

13.2 Setiap perlawanan dikuasai penuh oleh pengadil perlawanan dan dia mempunyai kuasa penuh untuk menyempurnakan perlawanan tersebut mengikut undang-undang pertandingan.

13.3 Keputusan pengadil berkenaan perkara perlawanan adalah muktamad dan tiada sebarang bantahan tentang keputusan pengadilan akan dilayan.

14.0 UNDIAN PASUKAN PASUKAN

Undian yang dibuat adalah muktamad.

15.0 LAIN-LAIN

15.1 Penganjuran Kejohanan Futsal Remaja 2009 adalah berdasarkan semangat kesukanan dan Pihak Penganjur berhak meminda atau menukarkan sebarang syarat pertandingan pada bila-bila masa tanpa merujuk kepada pesertapeserta.

15.2 Penyertaan pasukan-pasukan dalam Kejohanan Futsal Remaja 2009 adalah pada risiko tersendiri dan pemain-pemain serta penyokong-penyokong pasukan yang terlibat bersetuju tidak akan meletakkan sebarang tanggungjawab kepada pihak penganjur, penaja, badan berkanun serta segala pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pertandingan ini.