Saturday, November 14, 2009

Pengenalan Asean Futsal Cup 2009

Pengenalan :

Persaudaraan merupakan salah satu daripada perkara yang dititik beratkan oleh Islam untuk menjaminkan kesejahteraan hidup di dunia dan juga akhirat.Sudah menjadi fitrah bahawasanya manusia tidak dapat hidup secara bersendirian bahkan saling memerlukan diantara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu urusan. Firman Allah s.w.t bermaksud : “sesungguhnya orang mukmin(lelaki dan perempuan) adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah,mudah-mudahan kamu mendapat limpahan rahmat daripadanya”.

Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa Allah s.w.t menggalakkan persaudaraan dan melarang sekeras-kerasnya perpecahan dikalangan hambanya.
Oleh yang demikian, pihak kami akan menganjurkan Asean Futsal Cup (AFC) 2009 bagi semua ahli yang berdaftar dengan MSD bersama Pengarahnya supaya dapat mengeratkan lagi mahabbah serta kemesraan diantara satu sama lain.

Butiran Lain :

Asean Futsal Cup (AFC) 2009 akan diadakan dengan kerjasama :

1- Kedutaan Besar Malaysia
2- Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (MSD)
3- Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)

Tarikh : 5 November 2009

hari : Sabtu


Bertempat : Solah Askari dan Riadi Universiti Mu'tah Jordan

Bertemakan : Ukhuwah Bersatu Di Medan Riadhah

Sasaran :
Semua pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan. Dan semua Mahasiswa Asean yang menuntut di Jordan. (LELAKI SAHAJA)

Kami dari pihak penganjur mengharapkan sebarang nasihat dan cadangan yang membina dari anda semua. Moga program kali pertama ini akan berjalan dengan lancar..


0 comments: