Monday, November 16, 2009

Peraturan Asas Futsal AFC 2009

PERATURAN ASAS

-Karnival terbuka kepada semua pelajar ASEAN yang menuntut di Jordan dan berdaftar di bawah MSD

-Setiap negara diminta untuk menghantar 3 kumpulan KECUALI negara Malaysia sebanyak 5 kumpulan.

-Pemain/Penonton/Pengiring perlu memastikan pemakaian sopan dan menutup aurat sepanjang penganjuran karnival.

-Merokok adalah dilarang sama sekali sepanjang kejohanan.

-Setiap peserta adalah tertakluk kepada peraturan permainan FUTSAL oleh FIFA seperti yang digariskan di bawah.

1.0 TARIKH & TEMPAT KEJOHANAN

Tarikh : 5 Disember 2009

Tempat : Solah Askari dan Riadi Universiti Mu’tah

Masa : 6.00 pagi – 5.00 petang

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN

2.1 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur, hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

2.2 Seorang Pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang Pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan.

2.3 Untuk memulakan perlawanan, bilangan minimun pemain untuk satu pasukan adalah 5 orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain diperintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga (3) Pemain (termasuk Penjaga gol), maka permainan hendaklah dibatalkan dan keputusan semasa dikekalkan.

2.4 Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan ialah dua (2) orang.

2.5 Bilangan gantian dibuat semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada Pemain lain.

2.6 Syarat-syarat berikut hendaklah dibuat apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan:

a) Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi tepi di kawasan Zon Penggantian.

b) Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian di kawasan Zon Penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga Pemain yang hendak keluar telah melintasi garisan tepi.

c) Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan Pengadil samada memanggil atau tidak untuk bermain.

d) Penggantian dikira sempurna apabila pengganti masuk ke gelanggang, di mana ketika ia menjadi Pemain dan Pemain yang diganti tidak lagi dianggap Pemain.

2.7 Penjaga Gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana Pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang Pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.

2.8 Pengurus dibenarkan didaftarkan sebagai Pemain.

3.0 PERATURAN PERMAINAN

3.1 Semua perlawanan akan berdasarkan Peraturan Sukan Futsal FIFA ("FIFA Laws of the Game of Futsal) kecuali sebarang perubahan yang dibuat oleh Jawantankuasa Penganjur dan dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan ini.

3.1 Segala keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD


0 comments: